Search This Blog

Dobi Islamik larangan Non-Muslim



Sesetengah pihak extreme dan media cenderung menyiarkan perkara-perkara keagamaan yang sensitif perkauman sehingga mengundang dan membangkitkan kemarahan dan perbalahan diantara kaum.

Dari dulu sehingga kini, isu-isu agama yang mempunyai agenda sensitif perkauman akan sengaja ditimbulkan dan dibesar-besarkan agar perpaduan dan kesatuan rakyat tidak tercapai.

Dari perkara seperti larangan menggunakan kalimah Allah, tidak boleh mengucap merry christmas, tidak boleh beri salam, azan subuh, pesta arak, hudud, RUU 355 dan lain-lain sehinggalah isu terkini, iaitu dobi Islamik.

Jika diteliti dan dikaji, semua perkara-perkara yang sengaja ditimbulkan ini adalah bersifat disriminasi dan ia juga secara tidak langsung mengambarkan kejahilan umat Islam setempat.

Sebenarnya, jika umat Islam meluangkan sedikit masa untuk mengkaji ilmu Islam, isu-isu perkauman ini tidak akan wujud. Isu-isu ini berjaya dipolimikkan kerana umat Islam tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memahami isu tersebut.

Contohnya:

1) Isu kalimah Allah, nama bapa Nabi SAW ialah 'Abdullah' (hamba Allah). Non muslim telah menggunakan kalimah Allah sebelum kelahiran Rasulullah SAW. So what the issue here?

2) Tiada dalil larangan kursus dalam Islam yang mengharamkan pengucapan "Merry Christmas", baik dari al Quran ataupun dari hadits Rasulullah SAW. Padahal, kepercayaan dan perayaan Kristian telahpun wujud di zaman baginda SAW.

(ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/ucapan-perayaan-non-muslim-d…)

3) Tidak boleh beri salam - sebelum penaklukan kota Mekah dan semasa dalam keadaan aman damai, Rasulullah SAW dan para sahabat ada memberi dan menjawab salam dari mereka yang bukan Islam.

(ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/memahami-hukum-ucapan-salam-…)

4) Azan subuh guna loudspeaker - walhal jika dalam suatu masyarakat yang 100% Muslim sekalipun, ulama-ulama Islam melarang guna loud speaker untuk azan subuh jika ia mengacau ketenteraman bayi-bayi dan mereka yang sedang sakit atau uzur.

5) Hudud dan RUU 355 - Nak laksana akta ISA, POTA, NSC, SOSMA boleh tapi apabila nak laksanakan RUU 355 atau Hudud, kena mintak kebenaran dari non muslim? Ini apa punya logik pakai ni? Hakikatnya adalah, RUU 355 dan Hudud adalah senjata untuk menakut-nakutkan mereka yang bukan Islam dan memecah-belahkan perpaduan rakyat semasa pilihanraya. (rujuk wayang kulit hadi awang dan azalina)

6) Dobi Islamik - Islam tidak menghukum perkara ghaib (najis yg tidak kelihatan secara zahir). Qawaid al-fiqhiyyah 'al-Yaqin la yuzalu bish-shakk' - Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

Segala-gala politik dan polemik perkauman yang sengaja ditimbulkan oleh puak dajjal ini ada penjelasannya di dalam Islam. Jika kamu sendiri yang malas mengkaji dan memilih untuk jadi seorang umat Islam yang jahil yang cenderung kepada isu-isu perkauman ini, habis tu nak salahkan siapa? Jawablah sendiri di mahkamah Allah SWT di akhirant nanti.

Tugas seorang Muslim adalah menyebarkan dakwah Islam yang benar kepada mereka yang bukan Islam dan bukannya menindas mereka dengan hukum-hakam yang sempit. Janganlah kita memburuk-burukkan imej Islam sehingga mereka semua benci dan lari dari ajaran suci ini...

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.