Search This Blog

Mengapa tanya bagaimana Amerika jumpa bukti tapi Malaysia tak?




Soalan apakah ini? Tidak tahukah bahwa Tun M, Sarawak Report, Rafizi Ramli, Tony Pua dan lain-lain semua sudah banyak bagi bukti skandal 1MDB tetapi Najib serta pihak berkuasa telah menyalahgunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menutup bukti berkaitan skandal tersebut.

Malah, Rafizi pernah ditahan di lokap selama 3 hari untuk siasatan dibawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen audit 1MDB. Tun M juga turut menjadi mangsa siasiatan pihak berkuasa.


Dua pegawai SPRM ditukarkan ke JPM, DPM Muhyiddin, ex-MB Kedah Mukhriz, Shafie Apdal, ex-AG Gani Patail, Guv BNM Zeti dll dilucutkan jawatan bertujuan menghalang penyiasatan skandal 1MDB. Orang awam pula diberi amaran agar tidak post atau share sebarang berita berkaitan skandal 1MDB terutamanya dari Sarawak Report.

Sudah terang lagi bersuluh bagaimana Amerika jumpa bukti tapi Malaysia tak? Siapa lagi yang akan menampilkan bukti skandal 1MDB jika 'whistle-blower' semua ditangkap dibawah akta OSA? Sekarang bukan masa untuk tanya soalan sebegini, sekarang masa untuk tanya bila nak laksanakan Hudud.

Saya rasa ramai yang ingin melihat mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB disabitkan dibawah hukum Hudud. Inilah masanya untuk membuktikan kepada mereka yang bukan Islam bahwa Muslim di Malaysia adalah bersikap adil, jujur dan amanah menjalankan hukum Hudud.

Jangan hanya jadikan Hudud Allah sebagai senjata politik untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat. Buktikan kepada mereka yang belum Islam itu bahwa Islam tidak bersikap berat sebelah dengan melindungi golongan elit dan berkuasa sahaja. InsyaAllah dengan berbuat demikian, mereka akan bersikap lebih terbuka untuk menerima Islam.

Laksanakan Hudud, laksanakannya sekarang!!!

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.