Search This Blog

Jangan Taklid Buta



Jika ada seorang doktor suruh kamu makan 18 biji pil anti-biotik 5 kali sehari dan minum ubat batuk 5 botol 3 kali sehari tanpa diberi sebab, adakah kamu akan menurut perintah doktor itu?

Begitu juga, jika ada seorang ulamak suruh kamu solat fardhu farj 3 rakaat, zohor 5 rakaat, asar 2 rakaat, mahgrib 4 rakaat dan ishak 7 rakaat tanpa diberi dalilnya, adakah kamu akan menurut fatwa ulamak itu?

Bagaimana pula jika ada seorang ustaz yang suruh kamu membenci umat Islam yang solat macam batman, tak baca doa qunut semasa solat farj, jubah singkat, tak tahlil, tak tawasul dll kerana kononnya dia ialah 'pak wahab' adakah kamu akan ikut cakap ustaz itu?

Inilah diantara sebab-sebab mengapa kita perlu mendalami Ilmu Usul-al Fiqh dan Maqasid Syariah. Ilmu Usul al-Fiqh akan mengajar kita memahami kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama usuli (pakar feqah) untuk istinbat hukum dan mengeluarkan fatwa mengikut fahaman mazhab ASWJ.

Manakala Ilmu Maqasid Syariah pula akan membimbing kita ke arah yang dituntut oleh syariat Islam yang benar-benar berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang sahih. Fatwa-fatwa tidak bersifat 'kekal' kerana ia bertukar-tukar mengikut keadaan dan situasi semasa.

Hukum bagi orang yang berada dalam keadaan daruriyyat adalah berbeza dengan hukum orang yang berada dalam keadaan hajiyyat atau darurat. Apabila seseorang kehilangan maslahah daruriyyat dan berada dalam keadaan darurat, maka perkara2 haram akan menukar jadi harus bagi mereka.

Contohnya, hukum asal memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah SWT adalah haram tetapi jika seseorang dalam keadaan darurat, maka hukum bagi mereka adalah harus (QS 2:173).

Kita belajar ilmu-ilmu itu bukan kerana kita nak jadi mujtahid atau ulama usuli tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memastikan fatwa yang kita ambil guna itu menepati natijah dan objektif kehendak Allah SWT atau tidak. Kita belajar ilmu-ilmu ini supaya kita dapat membezakan siapa yang benar dan siapa yang bathil.

Kita menuntut ilmu-ilmu ini supaya kita dapat beramal dengan betul agar amalan kita diredhai Allah SWT. Jika kita takde ilmu-ilmu ini, kita mungkin akan jadi 'pentaklid buta' seumur hidup tanpa mengetahui apa yang kita amal itu diredhai Allah SWT atau tidak.

Oleh itu, luangkanlah sedikit masa untuk mendalami ilmu-ilmu itu agar kita tidak jadi 'pentaklid buta' yang tidak memahami dalil dan manhaj istinbat hukum dan qawaid pengeluaran fatwa...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.