Search This Blog

Forum Fiqh 4 Mazhab di Perlis



Diantara point2 yang menarik dalam Forum Fiqh 4 Mazhab di Perlis...

- Khilaf terhasil dari perbezaan kaedah dan methodology yang digunapakai oleh para Imam2 mazhab (usul al-fiqh). Contohnya, selepas nas dari al-Quran dan Sunnah (mutawatir);

1) Mazhab Hanafi akan menggunakan istihsan dan qiyas. Hadith yang bercanggah dengan amalam umum pada ketika itu akan ditolak.


2) Mazhab Maliki akan menggunakan amal Medina dan maslahah. Hadith yang bercanggah dengan amalan orang2 Medina akan ditolak.

3) Mazhab Shafeii akan menggunakan ijma dan hadith ahad. Mazhab ini kurang menggunakan kaedah maslahah.

4) Mazhab Hambali akan menggunakan hadith ahad dan pendapat sahabat. Mazhab ini lebih mengutamakan hadith dhaif dari qiyas.

Oleh yang demikian, maka terhasilah pendapat2 yang berbeza-beza (khilaf) dalam bab feqah. Walau bagaimanapun, muslim adalah dibenarkan untuk memilih mana2 pendapat yang lebih memudahkan dan lebih bersesuaian dengan keadaan mereka...

- Dalam mazhab Maliki, selain dari apa yang diharamkan dalam al-Quran (bangkai, darah yang mengalir dan khinzir) kesemuanya adalah halal (paling2 pun makruh sahaja). Oleh itu, jangan terperanjat apabila melihat Muslim makan katak, ular, ataupun buaya.

- Sentuhan dan jilatan anging tidak perlu samak/sertu dalam mazhab Maliki. Mereka juga dibenarkan untuk memelihara anjing.

- Dalam mazhab Maliki, bekas yang digunakan untuk memasak daging babi tidak perlu disamak hanya memadai dengan membasuh menggunakan air biasa. Begitu juga dengan pendapat Imam Nawawi, seorang imam besar mazhab Shafeii. Pendapat ini lebih memudahkan muallaf yang masih tinggal bersama keluarga mereka yang belum Islam.

- Undang2 negara Perancis adalah berasaskan kitab muwatta yang dikarang oleh Imam Malik (pengasas mazhab Maliki). Oleh itu, berhati-hatilah apabila menyebut negara barat atau negara orang bukan Islam sebagai negara kafir.

- Mengapa perlu taksub pada satu mazhab? Padahal pendapat-2 dari 4 mazhab adalah lebih menyeluruh dan kesemuanya merupakan khazanah dalam Islam.

- Semua Muslim percaya Nabi Isa as dan Imam Mahdi akan muncul pada akhir zaman. Soalannya adalah apabila mereka datang, rasa-rasanya mereka akan bermazhab apa? Fikir-fikirkan laa...

- Umat Islam adalah umat yang satu (ummatan wahidah). Kesatuan umat ini dinyatakan dengan ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam). Oleh itu, jagalah adab dan berlapanglah dada dalam perkara khilaf.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.