Search This Blog

Kisah Abu Talhah al-Ansari



Ini adalah kisah Abu Talhah al-Ansari (Zayd ibn Sahl) berkahwin dengan Ummu Sulaym (ar Rumaysa bint Milhan) dengan mahar yang paling mulia di Madinah. Sebaik sahaja mendapat tahu suami Ummu Sulaym meninggal, Abu Talhah terus ke rumahnya untuk merisik.

Pada waktu itu Abu Talhah belum memeluk Islam tetapi Ummu Sulaym sudah Islam. Syarat untuk berkahwin dengan Ummu Sulaym adalah menerima Islam dengan ikhlas dan jujur. Abu Talhah setuju dan dia terus mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas memeluk Islam, Abu Talhah kuat beribadah dan berpuasa serta beliau meletakkan keupayaan dan kegagahan dirinya untuk berkhidmat kepada Islam. Mahar beratus ribu belum tentu bahagia. Tetapi mahar keislaman Abu Talhah bakal mendapat syafaat untuk memimpin tangan Ummu Sulaym ke syurga yang kekal bahagia abadi.

Sebenarnya, perkahwinan campur adalah sunnah Rasulullah SAW dan para Sahabat ra. Para anbiya juga mengamal perkahwinan campur seperti Nabi Sulaiman as dan Puteri Balqis. Begitu juga dengan perkahwinan Rasulullah SAW dengan Safiyyah bint Huyayy dari bangsa Yahudi.

Oleh itu, galakkan perkahwinan campur dan carilah pasangan selain dari bangsa sendiri demi perkembangan agama Islam. Satu lagi keistimewaan kahwin campur, time raya tak perlu pening kepala buang masa fikir nak balik rumah siapa.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.