Search This Blog

Part 2: Memahami Hukum Syariat dalam Islam



Semasa penghijrahan saya ke dalam Islam, saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana telah didedahkan ilmu usul al-fiqh dan maqasid syariah oleh Sheikh Nurudeen Lemu di Idt Centre, yang dikendalikan oleh Bro Lim Jooi Soon. Ilmu2 ini telah banyak menolong saya untuk memahami permasalahan yang timbul dalam kerangkaan Islam pada hari ini.

Pada asasnya, untuk menangani permasalahan khilafiyah (perbezaan pendapat ulama), kita mesti terlebih dahulu memahami sumber dari mana datangnya khilaf itu. Mengapakah boleh tertimbulnya pendapat2 khilafyah jika sumber dalil yang para ulama gunapakai adalah sama, iaitu al-Quran dan as-Sunnah?

Sumber utama syariat Islam ada 2, iaitu al-Quran, as-Sunnah. Syariat Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibrail as demi untuk mencapai kemashalatan manusia di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Syariat Islam tidak akan berubah sehingga ke akhir zaman. Berbeza dengan hukum fiqh yang akan berubah-ubah mengikut masa dan keaqdaan setempat (uruf).

Kaedah mengeluarkan hukum hakam dan fatwa oleh ulama dari dua sumber utama Islam ini dipanggil ijtihad. Methodology ijtihad yang digunakan oleh para ulama feqah untuk istinbat hukum dan menghasilkan fatwa disebut Usul al-Fiqh. Para ulama mempunyai pelbagai jenis teori fiqh seperti ijma' qiyas, hadith ahad, maslahah dll untuk menyelesaikan masalah keagamaan. Mereka juga akan menggunakan kaedah fiqh (qawaid al-fiqhiyyah) untuk menyelaraskan hukum hakam fiqh.

Masalah khilaf biasanya terhasil semasa ijtihad untuk istinbat hukum, menghasilkan fatwa dan memahami dalil2 dari al-Quran dan hadith sahih. Oleh itu, para ulama telah membahagikan nas al-Quran dan hadith sahih kepada 4 bahagian, iaitu:

A) Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah - (Authenticated and Certain in it's meaning) - Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang jelas dan kukuh serta tidak mengandung kemungkinan makna yang lain. Contoh - Hukum minum arak adalah haram - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang jelas lagi kukuh. Contoh lain - Rukun Islam dan Rukun Iman.

B) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - (Authenticated but not Certain in it's meaning) - Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas. Contoh - Hukum potong tangan pencuri - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang yang kurang jelas. Potong sikit (kelar) tangan si pencuri atau potong sehingga putus? Jika anak mencuri Rm1.00 dari kocek bapa, adakah ia dikira mencuri dan perlu potong tangan? Contoh lain: ayat 'Alif Lam Min' dari Al Quran yang tidak diketahui maksudnya kecuali Allah SWT.

C) Zanni al tsubut and Qati al Dilalah - (Not Authenticate but Certain in it's meaning) - Dalil dari kategori ini kebanyakannya berasal dari hadith ahad yang tidak sampai ke darjat mutawatir. Walaupun ia terdiri daripada hadis ahad, tetapi ia mempunyai kandungan maksud yang jelas dan kukuh. Contoh - Hadis Isra’ Mikraj dimana kisah perjalanan Nabi SAW naik ke langit telah banyak dihuraikan dalam hadith sahih. Contohnya kisah Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Isa as dan Nabi Ibrahim as. Begitu juga semasa Rasulullah SAW dibelah dada untuk dicuci hatinya dan Baginda SAW menaiki buruq dari Medina ke Masjidil al Aqsa.

D) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - (Not Authenticate and not Certain in it's meaning) - Hadis Ahad yang yang tidak sampai ke darjat mutawatir sememangnya dikategorikan sebagai zanni al-tsubut dan jika ia mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas, maka ia akan dikategorikan senagai zanni al tsubut and zanni al Dilalah. Contohnya hadis mengenai larangan turun sujud seperti unta semasa solat. Para ulama telah berbeza pendapat mengenai cara sujud seperti unta.

Dari sini kita dapat melihat bahwa permasalahan perbezaan pendapat atau khilaf wujud selepas kategori Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah kerana para ulama akan menggunakan tafsiran (translation) dan takwil (allegorical interpretation) masing-masing untuk memahami dalil2 tersebut.

Sebagai seorang Muslim yang benar2 inginkan keredhaan Allah SWT, berusahalah bersungguh-sungguh untuk memahami kedudukan nas2 al-Quran dan hadith sahih serta tafsiran dan takwilan para ulama dan kemudian barulah kita memilih pendapat yang paling rajih (benar) berdasarkan nas dan dalil2 tersebut untuk diapplikasikan dan digunapakai dalam kehidupan dan amalan harian kita sebagai seorang Muslim.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.