Search This Blog

Part 11: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (Methodology Usul al-Fiqh)




Tahukah anda bagaimana dan kaedah apa yang digunakan oleh para ulama fuquha (pakar fiqh) untuk mengistinbat sesuatu perkara/benda sebagai wajib, sunat, harus, makruh dan haram?

Apakah yang perlu dilakukan oleh para ulama fuquha jika tiada dalil yang jelas dari al-Quran dan hadith sahih?

Mengapa Islam mempunyai 4 mazhab besar yang perlu diikuti oleh setiap Muslim? Apakah yang membezakan diantara mazhab2 tersebut?

Untuk menjawab soalan2 ini, kita memerlukan penguasaan dan fahaman ilmu usul fiqh.

Penguasaan ilmu ini memungkinkan kita memahami kehendak teks perundangan dengan tepat dan seterusnya memberi penilaian terhadap segala tindak tanduk manusia berasaskan methodology usul fiqh kerana ilmu ini adalah ilmu asas yang terpenting bagi disiplin pengajian syariat/hukum Islam.


(rujuk penjelasan ringkas Memahami Hukum Syariat dalam Islam: http://kurauking.blogspot.my/2016/07/memahami-hukum-syariat-dalam-islam.html)


Ilmu usul fiqh merupakan panduan untuk memahami serta mentafsirkan nas2 al-Quran dan Sunnah ketika merumus dan mengistinbat hukum hakam serta kaedah berijtihad jika sesuatu permasalahan baru yang timbul itu tiada penjelasan yang Qati dari nas2 tersebut.


(rujuk penjelasan ringkas Qati dan Zanni: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-2-memahami-hukum-syariat-dalam.html)


Setiap mazhab mempunyai manhaj atau methodologinya yang tersendiri untuk berijtihad. Mereka akan menggunakan rumusan teori2 seperti ijma, qiyas, istihsan, maslahah, amalan penduduk Medina, ra'i para sahabat, hadis ahad sadd al-dhara'i, uruf dll untuk mengistinbatkan sesuatu hukum atau fatwa bagi sesuatu permasalahan baru yang tidak mempunyai dalil yang Qati dari al-Quran dan hadith sahih.


(rujuk penjelasan ringkas tools of ijtihad : http://kurauking.blogspot.my/2016/05/tools-of-ijtihad-from-various-mazhab.html)


Contohnya:

1) Dalam Mazhab Hanafi, susunan dan turutan hierarchy yang digunakan untuk mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa adalah:


Al-Quran --> Sunnah Mutawatir --> Istihsan --> Qiyas --> Ijma'
--> Sunnah Ahad --> Ra'i of Sahabi --> Urf --> Istishab


2) Dalam Mazhab Maliki, susunan dan turutan hierarchy yang digunakan untuk mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa adalah:


Al-Quran --> Sunnah Mutawatir --> Amal of Medina/Ijma' --> Maslahah
--> Qiyas --> Sunnah Ahad --> Ra'i of Sahabi --> Sadd al-Dhara'i
--> Urf --> Istishab.


3) Dalam Mazhab Shafi'i, susunan dan turutan hierarchy yang digunakan untuk mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa adalah:


Al-Quran --> Sunnah Mutawatir --> Ijma' of Sahabi --> Sunnah Ahad
--> Ra’i of Sahabi --> Istishab --> Qiyas


4) Dalam Mazhab Hambali, susunan dan turutan hierarchy yang digunakan untuk mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa adalah:


Al-Quran --> Sunnah Mutawatir --> Sunnah Ahad --> Ra’i of Sahabi
--> Ijma' --> Qiyas --> Maslahah --> Istihsan --> Sadd al-Dhara'i
--> Istishab.


Manhaj atau methodology susunan dan turutan hierarchy inilah yang membezakan mazhab2 tersebut. Para ulama fuquha dalam setiap mazhab akan memperkasakan dan mengutamakan al-Quran dan sunnah mutawatir sebagai rujukan utama apabila mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa.


Selepas rujukan utama al-Quran dan sunnah mutawatir, para ulama fuquha setiap mazhab akan menggunakan manhaj atau methodology ijtihad masing2 untuk merumus dan mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa bagi sesuatu permasalahan baru dalam Islam.


Para ulama fuquha telah bersepakat dengan satu rumusan dan kaedah umum sebagai garis panduan dan rujukan serta penetapan hukum syariat yang dipanggil Qawaid al-Fiqhiyyah. Ia merupakan prinsip-prinsip umum dan peraturan2 yang dipersetujui oleh semua ulama fuquha ASWJ sebagai kaedah utama mengistinbatkan sesuatu hukum/fatwa.


Secara ringkas, Qawaid al-Fiqhiyyah (legal maxims of Islamic jurisprudence) terdiri dari 5 perkara, iaitu:


1) Setiap amal perbuatan Itu bergantung pada Niat (al-Umur bi-maqasidiha)


2) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-Yaqin la yuzalu bish-shakk)


3) Membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan (al-Dararu yuzal)


4) Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan. (al-Mashaqqat tujlab al-taysir)


5) Adat (Urf) sebagai sumber dan dalil ketentuan hukum (tahkim al-'Adat wa al-ruju' ilayha)


(rujuk penjelasan ringkas Qawaid al-Fiqhiyyah: http://kurauking.blogspot.my/2016/06/usul-fiqh-qawaid-al-fiqhiyyah.html)


Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.