Search This Blog

Part 8: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (dharuriyat al-khamsah - hifz al-nasl)





Bersambung dari: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-7-memahami-hukum-syariat-dalam.html



4. Pemeliharaan keturunan/nasab


a) - Apakah akan terjadi jika manusia tidak menjaga dan memelihara keturunannya? Contohnya, apakah akan terjadi jika seorang yang bernama Abdul Muthalib bin Hasyim tidak menjaga nasabnya? Ya, benar...mungkin tidak akan wujudnya seorang yang bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan seterusnya Nabi Muhammad bin Abdullah SAW.

Taklif pemeliharaan keturunan ini adalah untuk membentuk masyarakat Islam yang sihat, productif dan berkesan. Yang dimaksudkan dengan pemeliharaan keturunan ataupun nasab adalah hak2 memilih pasangan hidup yang baik supaya dapat memberi asuhan yang betul, penyediaan nafkah hidup seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan dll.

b) - Larangan zina dalam Islam merupakan suatu hal yang amat diambil berat kerana ia dapat mengancam institusi kekeluargaan dengan menghancurkan kasih sayang diantara pasangan, terutamanya apabila terhasilnya anak luar nikah. Ini merupakan penyebab kes penceraian yang paling utama dalam masyarakat kita.

Apabila penzinaan berleluasa, kemungkinan berlakunya sumbang mahram (incest) akan menjadi nyata jika anak luar nikah berzina dengan anak luar nikah yang lain kerana mereka masing2 tidak mengenali asal usulnya. Pelbagai penyakit kelamin termasuk HiV dan AiDs akan merebak luas dalam masyarakat jika penzinaan tidak dibanteras. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (QS 17:32)

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu berbelas kasihan terhadap keduanya..." (QS 24:2)

Dalam Islam, perkara yang paling asas dalam pemeliharaan keturunan ialah pemilihan pasangan yang tepat. Dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa; "Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (QS 30:21)

Asuhan yang diterima oleh anak-anak dari pasangan2 yang sempurna dan baik dapat memberi kehidupan yang normal dan bahagia bagi kanak2 itu. Ini juga akan menghasilkan satu umat Islam yang taat setia kepada Allah SWT dan seterusnya cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa keturunan yang soleh dan soleha, Islam tidak akan dapat berkembang dengan pesat di masa depan.


(bersambung...)

5. Pemeliharaan harta (hifz al-mal)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.