Search This Blog

Part 3: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (fungsi usul fiqh dan maqasid syariah)




Selepas peristiswa 11 September, masyarakat Barat telah berusaha mengkaji ajaran Islam daripada sumbernya yang betul, iaitu Quran dan Sunnah. Hasilnya, sebahagian besar masyarakat Barat merasa hairan kerana sebahagian besar daripada ajaran Islam didapati penuh dengan nilai kemanusiaan yang amat baik, kemuncaknya boleh dilihat dengan bertambah ramai masyarakat Barat yang telah memeluk agama Islam.

Bagaimana pula dengan kita? Jika Islam yang diamalkan oleh masyarakat kita adalah betul dan bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti orang2 barat itu, sudah tentu lebih ramai lagi yang telah memeluk Islam. Tetapi hakikatnya adalah sejak tahun 1957 (merdeka) sehingga kini, kurang dari 250,000 orang non-Muslim yang telah hijrah ke agama Islam.

Oleh itu, bukankah dah tiba masanya untuk kita menanya diri kita adakah fahaman Islam dalam masyarakat dan juga dalam fahaman kita itu benar dan menepati ajaran al-Quran dan Sunnah? Jika benar mengapa angka orang yang hijrah ke agama Islam begitu sedikit berbanding dengan negara barat, padahal jumlah penduduk di Malaysia adalah 30 juta orang.

Pernahkah kita berhenti untuk berfikir sejenak dan tanya diri kita dari mana dan sumber apa kita mengambil ilmu Islam kita itu? Hakikatnya adalah, fahaman Islam yang wujud dalam masyarakat kita pada hari ini telah banyak dicemarkan oleh hadith palsu, tradisi dan kebudayaan purba, kepercayaan khurafat, ajaran sesat, pemikiran sempit para ugamawan, propaganda politik dan sebagainya. Oleh itu, bagaimana kita nak tahu fahaman Islam dalam diri kita itu betul atau salah?

Kita tidak akan mengetahui fahaman Islam dalam diri kita itu betul atau tidak, jika kita tidak mempunyai asas2 ilmu usul al-fiqh dan maqasid syariah. Ilmu usul al-fiqh mengajar kita memahami kaedah atau methodology yang digunakan oleh para ulama silam untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan Islam. Contohnya, teori Amal penduduk Madinah (dibawa oleh Imam Malik), teori Ra’y of Sahabi (Imam Abu Hanifah), teori Ijtihad-Qiyas (Imam Shafi’i), teori maslahah (Imam Shatibi) dll.

Fungsi usul al-fiqh adalah untuk menterjemah wahyu Allah SWT bagi menjawab persoalan hukum yang timbul di dalam masyarakat Islam. Manakala pendekatan maqasid syariah pula boleh dijadikan sebagai kompas kebenaran yang dibawa dalam fahaman Islam kita. Maksud maqasid syariah adalah tujuan atau objective suatu hukum atau syariat yang diturunkan oleh Allah SWT.

Secara ringkas, tujuan Allah SWT menurunkan sesuatu hukum atau syariat adalah untuk kemaslahatan manusia secara umum, tidak mengira jantina, bangsa ataupun agama. Oleh itu, jika terdapat fahaman Islam dalam diri kita yang bercanggah dengan maqasid syariah, maka kita akan tahu bahwa ia adalah fahaman yang salah, walaupun ia bersumber dari nas al-Quran ataupun hadith yang sahih.

Inilah diantara sebab2 mengapa pentingnya kita perlu menguasai ilmu usul al-fiqh dan maqasid syariah. Tanpa ilmu ini, kita tidak akan mengetahui pengabdian kita terhadap Allah SWT itu adalah betul atau salah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (QS 17:36)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.