Search This Blog

Part 28: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (ahkam - plural hukum)



Menurut istilah ahli fiqh, yang dimaksudkan sebagai hukum adalah kitab Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW. Apabila disebut hukum syarak, ia bererti peraturan yang telah ditetapkan kepada orang Islam yang mukalaf oleh Allah SWT melalui malaikat Jibrail kepada Nabi SAW.


Para ulama usul fiqh telah membahagi hukum Islam kepada dua kategori, iaitu hukum taklifi dan hukum wadh’i. Hukum taklifi adalah hukum yang mengandung perintah, larangan, atau memberi pilihan terhadap seorang mukalaf, sedangkan hukum wadh’i merupakan penjelasan hubungan suatu peristiwa dengan hukum taklifi.


Contohnya, hukum taklifi menjelaskan bahwa solat wajib dilaksanakan oleh umat islam, dan hukum wadh’i pula menjelaskan bahwa waktu matahari tergelincir di tengah hari menjadi sebab tanda bagi wajibnya seseorang menunaikan solat zohur.


Lain kata, hukum taklifi adalah hukum syariat yang mengandung tuntutan untuk dikerjakan atau ditinggalkan oleh para mukallaf. Manakala hukum wadh’i adalah sebab bagi adanya sesuatu hukum yang lain atas perintah Allah SWT. Hukum wadh’i dibagi kepada tiga, iaitu sebab, syarat, mani’ (akan dibincang di bab lain).


Jumhur ulama feqah telah bersepakat untuk membahagikan hukum taklifi kepada lima bahagian, iaitu:


1) Fardh/Wajib - sesuatu kewajipan yang perlu ditunaikan, berdosa jika ditinggalkan.

2) Mustahab/Mandub - (juga disebut sunat) perbuatan yang apabila perbuatan itu dikerjakan, maka orang yang mengerjakannya mendapat pahala dan apabila ditinggalkan, maka orang yang meninggalkannya tidaklah berdosa

3) Mubah - suatu perbuatan yang bila dikerjakan tidak mendapat pahala, dan bila ditinggalkan tidak mendapat dosa.

4) Makruh - apabila perbuatan itu ditinggalkan, maka orang yang meninggalkan perbuatan itu akan mendapat pahala dan apabila dikerjakan tidak mendapat dosa.

5) Haram - perbuatan yang apabila ditinggalkan akan mendapat pahala dan apabila dikerjakan akan mendapat dosa.


______________
___________________________



Manakala, para ulama usul al fiqh mazhab Hanafi pula telah membahagikan hukum taklifi kepada 7 bahagian, iaitu:


1) Fardh - sesuatu kewajipan yang perlu ditunaikan, berdosa jika ditinggalkan yang ada dalil yang Qati dari al-Quran dan hadith.

2) Wajib - sesuatu kewajipan yang perlu ditunaikan, berdosa jika ditinggalkan yang bersumberkan dalil yang zanni dari al-Quran dan hadith. (juga permasalahan baru dan permasalahan khilaf yang timbul tanpa penjelasan yang terang dari al-Quran dan hadith)

3) Mustahab/Mandub - (juga disebut sunat) perbuatan yang apabila perbuatan itu dikerjakan, maka orang yang mengerjakannya mendapat pahala dan apabila ditinggalkan, maka orang yang meninggalkannya tidaklah berdosa

4) Mubah - suatu perbuatan yang bila dikerjakan tidak mendapat pahala, dan bila ditinggalkan tidak mendapat dosa.

5) Makruh Tanzihi- apabila perbuatan itu ditinggalkan, maka orang yang meninggalkan perbuatan itu akan mendapat pahala dan apabila dikerjakan tidak mendapat dosa.

6) Makruh Tahrimi - perbuatan yang apabila ditinggalkan akan mendapat pahala dan apabila dikerjakan akan mendapat dosa tetapi tiada sokongan dari dalil yang Qati. (juga termasuk permasalahan baru dan permasalahan khilaf yang tiada dalil yang Qati)

7) Haram - perbuatan yang apabila ditinggalkan akan mendapat pahala dan apabila dikerjakan akan mendapat dosa yang ada dalil yang Qati dari al-Quran dan hadith.



Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.