Search This Blog

Part 22: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (salah faham Islam di Malaysia)




Fahaman Islam (fiqh) yang dipegang oleh masyarakat Islam di Malaysia ialah aliran Mazhab Shaf'i'i. Kefahaman akidah pula adalah dari aliran asy'ariyah dan maturidiyah (sifat 13 dan sifat 20). Tanyalah kepada sesiapa saja yang beragama Islam dalam masyarakat kita, apakah mazhab mereka? Sudah tentu jawapannya adalah mazhab Shafi'i. Tetapi, sejauh manakah kebenaran ini?

Adakah Muslim di Malaysia benar2 syumul bermazhabkan fahaman Imam Shafi'i? Benar ke kita semua berfahaman akidah asy'ariyah dan maturidiyah?

Diantara perkara2 yang mencurigakan saya adalah hukum hakam Islam di Malaysia telah banyak campur aduk dengan fahaman feqah dari aliran mazhab2 lain. Diantaranya adalah fiqh muamalat dalam system perbankan Islam, dimana pensyariatannya telah bertaklid kepada feqah mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala para jemaah yang pergi ke Mekah untuk menunaikan kewajipan Haji pula, mereka telah bertaklid kepada fahaman feqah mazhab Hanafi dan Hambali.

Dalam kalangan masyarakat Islam kita pula, jika mengikut feqah mazhab Shafi'i, mendengar music adalah haram. Begitu juga dengan zikir secara jahr (suara kuat) selepas solat fardhu berjemaah di Masjid. Menyapu tengguk semasa wuduk adalah bida'ah jika mengikut pendapat Imam Nawawi, seorang ulama besar mazhab Shafi'i. Amalan tawasul adalah dilarang dalam mazhab Shafi'i.

Dalam menyebut akad jual beli, kita taklid mazhab Hambali. Bayar wang cengkeram (deposit) semasa buat tempahan, kita taklid mazhab Hanafi. Sedekah bacaan Quran kepada orang mati, kita taklid mazhab Hambali. Kita bayar zakat pun tidak ikut mazhab Syafie, kita taklid mazhab Hanafi. Pegang mushaf al-Quran tanpa wuduk adalah haram disisi mazhab Shafi'i. Jika nak diperhalusi, banyak perkara yang kita telah keluar dari fahaman feqah mazhab Shafi'i.

Sebenarnya jika menurut ulama silam seperti Ibn Qayyim al-Jawziyyah, orang awam adalah tidak bermazhab kecuali mereka benar2 faham tuntutan dan pandangan mazhab tersebut. Jika seseorang telah mendalami dan memahami kitab2 fiqh mazhab tersebut, barulah boleh disebut dia bermazhabkan mazhab yang telah dipelajarinya itu. Jika orang awam yang tidak mempunyai fahaman ilmu fiqh mazhab tertentu, dia adalah tidak bermazhab. Dia hanyalah seorang Muslim biasa yang telah mengambil ilmu dari guru dan ustaz2 yang telah mengajarnya ilmu Islam.

Sejauh manakah fahaman sifat 20 dalam masyarakat umum di Malaysia? Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan kaunuhu muridun, kaunuhu karihan, kaunuhu hayyun, kaunuhu mayyitan dan sifat ja'iz bagi Allah SWT tanpa tanya Ustaz Google? Jika kamu tak tahu, kamu adalah salah seorang dari 90% Muslim di Malaysia yang tidak memahami konsep sifat 20 selain dari ungkapan 'Allah maujud bila makan' (maksud: Allah wujud tidak berempat).

Oleh yang demikian, masih bolehkah kita digelar Muslim yang bermazhabkan fahaman feqah mazhab Shafi'i? Dan bolehkah kita sandarkan fahaman akidah kita kepada aliran asy'ariyah dan maturidiyah? Tepuk dada tanya iman. Saya dah sedar diri, kamu bila lagi?


Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.