Search This Blog

Part 20: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (rajih dan marjuh)



Rajih bermaksud sesuatu nas dan dalil dari al-Quran, hadith sahih dan pendapat atau pandangan ijtihad ulama (fatwa) yang kuat, terang dan benar. Tarjih bermaksud process atau methodology penelitian dan kecenderungan memilih sesuatu nas dan dalil yang rajih. Marjuh pula bermaksud sesuatu nas dan dalil yang tidak rajih.

Ilmu al-tarjih adalah ilmu yang amat luas kerana ia terlibat dengan hampir kesemua bidang dan cabang ilmu Islam kecuali perkara yang Qati al-tsubut. Oleh itu, kali ini kita akan fokus pada kaedah2 memilih hukum/fatwa yang terhasil dari ijtihad para ulama kerana kita adalah muqallid (pentaklid) pada pendapat 4 mazhab besar ASWJ.

Ilmu al-tarjih ini adalah amat penting, terutamanya kepada kita yang hidup di zaman yang serba moden ini kerana kita seringkali terdedah kepada permasalahan baru dan permasalahan khilafiyyah (perbezaan pendapat ulama).

Oleh itu, bagaimanakah kita nak memilih pendapat yang paling rajih, terutamanya pada seorang muallaf yang cetek ilmu seperti saya? Salah satu daripada kaedah yang paling effective untuk memilih pendapat yang paling rajih ialah dengan mempelajari dan menguasai asas-asas usul al-fiqh dan ilmu maqasid syariah.

Ini adalah kerana usul al-fiqh akan mengajar kita kaedah2 ijtihad yang telah digunakan oleh para ulama mujtahid silam ketika menghasilkan sesuatu hukum/fatwa. Kita akan kenali teori2 ijtihad mereka seperti ijma', qiyas, istihsan/maslahah, ra'i of Sahabi, amalan penduduk Medinah, sadd al-dhara'i dll.

(rujuk usul al-fiqh: http://kurauking.blogspot.my/…/part-10-memahami-hukum-syari…)

Ilmu maqasid syariah pula akan membimbing kita kearah tujuan yang benar-benar dikehendaki oleh hukum/fatwa tersebut. Kita akan pelajari bagaimana sesuatu hukum/fatwa yang akan berubah mengikut kesesuaian pada kemaslahatan dan keperluan manusia. Hukum/fatwa kepada seorang yang berada dalam keadaan tasiniyat adalah berbeza dengan hukum/fatwa pada seorang yang keadaan dharuriyat, hajiyat dan darurat.

(rujuk maqasid syariah: http://kurauking.blogspot.my/…/part-4-memahami-hukum-syaria…)

Dengan gabungan dua ilmu ini, kita akan mengetahui kaedah2 untuk memilih pendapat dan pandangan yang tarjih yang bersesuaian dengan keadaan kita. Salah satu daripada kaedah yang telah saya pelajari adalah menanya pada pakar dalam bidang yang berkaitan dengan masalah kita. Maksudnya, jika masalah kita pasal bab hukum hakam, maka janganlah kita pergi tanya seorang habib yang pakar qasidah ya hanana.

Kita sepatutnya pergi tanya seorang ustaz yang pakar dalam ilmu feqah jika kita ada masalah pensyariatan. Jika masalah kita pasal hadith, maka tanyalah seorang muhadith. Ini adalah kerana para ugamawan bukanlah professor serba tau. Mengetahui kepakaran pada orang yang kita tanya itu adalah sangat penting, ia dapat menjamin jawapan yang diberi itu lebih tarjih.

Jika boleh, memilihlah hukum/fatwa dari pakar yang tahu uruf kita adalah paling afdal. Kaedah2 lain yang telah saya pelajari adalah:

1) Tarjih - look for the strongest opinion among the scholars.

- Cari dan memilih pendapat (hukum/fatwa) yang paling rajih diantara ulama2 tersohor ASWJ

2) Talfiq - to follow the best combine doctrines derived from the School of Thoughts.

- Memilih pendapat (hukum/fatwa) dari 4 mazhab besar ASWJ. Kita tak terikat kepada 1 mazhab sahaja. Kita dibenarkan memilih pendapat dari mana2 ulama tersohor ASWJ yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

3) Taqlid or Ittiba - Follow own School of Thought (Mazhab)

- Ikut mazhab sendiri atau setempat. Jika masyarakat kita ikut mazhab shafi'i, maka ikutlah hukum/fatwa mazhab shafi'i.

4) Jumhur/majority - to follow the majority opinion

- Ikut hukum/fatwa yang biasa diikuti oleh orang ramai.

5) Local specialist or local scholar - to follow the specialist opinion

- ikut pendapat ustaz tempatan yang pakar dalam bidang yang berkaitan dengan masalah kita.

6) Jangan mengambil ilmu dari ustaz/ulama yang mementingkan diri sendiri, yang berpenyakit hati, suka gelar atau label orang lain, suka caci dan hina orang lain.

7) Urf/custom - follow the custom of a local society

- Ikut hukum/fatwa pilihan urf atau masyarakat tempatan

8) Easiest - follow the easiest opinion without breaking the ground rules

- Ikut pendapat/fatwa yang paling memudahkan kita

9) Leadership - avoid unnecessary disunity, obey the authority and follow the opinion of the local leader opinion

- Ikut pendapat ketua masyarakat

10) Conscience - follow your conscience. The Prophet said: "Whenever something pricks your conscience, give it up." (Ahmed: #22856 and Al-Tirmidhi Hadith 45 Narrated by Abu Umamah)

- Tinggalkan pendapat/fatwa dari ijtihad para ulama yang menyanggahi fitrah manusia.

- Tinggalkan pendapat/fatwa yang marjuh (lemah)

- Tinggalkan pendapat/fatwa yang ketinggalan zaman yang tidak relevant lagi. Mengambil pendapat fatwa kuno adalah ibarat menggunakan discripsi ubat yang dikeluarkan oleh Doktor pada tahun 1947 untuk digunakan pada tahun 2016.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.