Search This Blog

Part 14: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (al-Yaqin la yuzalu bish-shakk)





Bersambung dari:https://www.facebook.com/KURAUKING/posts/10154319075667488



B) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (certainty is not overruled by doubt)

Kejayaan seseorang manusia bergantung pada tahap keyakinan (confidence) yang ada pada dirinya. Sebaliknya, yang buat seseorang tidak tercapai impian mereka juga adalah keyakinan dalam dirinya. Dalam Islam, ini dikenali dengan Ilmul Yakin.

Ilmul yakin adalah segala jenis ilmu pengetahuan yang diyakini oleh seseorang setelah dipelajarinya, baik dari sudut akademic ataupun pengalaman hidupnya. Seseorang tidak akan dianggap sebagai seorang Muslim jika mereka tidak menyakini wujudnya Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusanNya. Keyakinan sebeginilah yang akan membawa kejayaan dalam hidup seseorang.

Sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak atau keraguan ke atasnya tetapi boleh dihilangkan dengan keyakinan yang lebih mutlak. Contohnya, sebelum saya memeluk Islam, saya yakin bahwa dunia ini mempunyai lebih dari satu tuhan tetapi setelah dikaji dan diteliti, mustahil dunia ini mempunyai 2 atau lebih entiti yang mempunyai kuasa mutlak.

Satu kereta tidak boleh ada dua pemandu pada masa yang sama, satu kapal tidak boleh ada dua nahkoda, sebuah negara tidak boleh mempunyai 2 pemimpin, mengapa pula seluruh alam boleh mempunyai lebih dari satu tuhan? Keyakinan mutlak inilah yang telah melenyapkan keyakinan khurafat yang sebelunnya dan telah mendorong saya memeluk agama Islam.

Ilmu qawaid al-yaqin la yuzalu bish-shakk (keyakinan tidak hilang dengan keraguan) adalah amat luas dan tidak mungkin saya memperjelaskan kesemuanya dalam sini. Begitu njuga dengan qawaid2 yang lain. Saya hanya dapat memberi ringkasan sahaja dari apa yang telah saya pelajari. Kamu perlu berusaha untuk mendalami ilmu2 ini.

Contoh2 lain yang dibahas oleh para ulaha fuquha adalah:

1) Sesuatu perkara perlu dikekalkan keadaannya yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dengan keadaannya sehinggalah terdapat perubahan pada hukumnya. Contohnya, sesiapa yang yakin telah bersuci dan syak berlakunya hadas, dia dianggap masih lagi dalam keadaan suci dan sebaliknya.

2) Asalnya seseorang itu adalah terlepas daripada tanggungjawab. Contohnya, seseorang yang mendakwa orang lain mestilah membawa bukti dakwaannya itu (presumed innocent until proved guilty).

3) Sesuatu perkara yang dihukum ada, asalnya adalah tidak wujud. Contohnya, seorang pemodal mendakwa terdapat keuntungan dari usaha perniagaan pengusaha, tetapi dinafikan oleh pengusaha. HUKUMNYA, penafian pengusaha itu hendaklah disertai dengan bukti atau sumpah. Ini kerana keuntungan adalah merupakan perkara baru yang asalnya tidak ada.

4) Hukum terhadap sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada keadaannya yang paling hampir dengan situasi yang berlaku. Contohnya, di sisi mazhab Syafi'i jika seseorang yang melihat najis pada pakaiannya sedangkan dia telah solat beberapa waktu dengan kain tersebut dan tidak mengetahui bila kainnya terkena najis mestilah mengulangi solatnya.

5) Hukum asal segala sesuatu adalah harus (kecuali perkara ibadah) sehingga ada dalil yang menunjukkan larangan atau keharamannya (rujuk bab sebelum ini). Kaedah ini dizahirkan berdasarkan dalil dari:

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi..." (QS 2:29)

Dan Dialah yang memudahkan bagi kamu apa yang ada di langit dan bumi kesemuanya (QS 45:13)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu." (Hadith riwayat Bazzar dan al-Tabrani)

Contohnya: Binatang seperti kangaroo, penguin, tenggiling dll yang tidak jelas atau samar-samar nas tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.

(bersambung...)

C) Membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan (al-Dararu yuzal)

D) Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan. (al-Mashaqqat tujlab al-taysir)

E) Adat (Urf) sebagai sumber dan dalil ketentuan hukum (tahkim al-'Adat wa al-ruju' ilayha)



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.